Search This Blog

Sunday, September 20, 2015

Cayanun Vavi





"Kecelakaan besar bagi tiap-tiap pencaci, pengeji..."(QS 104:1)

Semua orang ada hati dan perasaan. hati mana yang tak sedih apabila dihina dan dikutuk begitu?


"Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain..."(QS 49:11)

Lidah kita hendaklah dikawal daripada membuat cacian, tuduhan, penghinaan dan mencerca orang lain. Kita juga wajib memelihara lidah kita dari mengumpat, dusta dan fitnah.

"Sesungguhnya orang-orang yang suka terhebahnya tuduhan-tuduhan buruk dalam kalangan orang-orang yang beriman, mereka akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya di dunia dan di akhirat dan ingatlah Allah mengetahui segala perkara sedang kamu tidak mengetahui yang demikian". (Surah al-Nur: ayat 19)

Badan binasa kerana mulut dan kerana mulut jugalah yang akan menentukan seseorang itu masuk ke syurga atau neraka. Dan janganlah kita sesekali mengikut kemahuan orang yang suka menyumpah dan menghina.

"Dan janganlah kamu menurut kemahuan orang yang selalu menyumpah, lagi yang hina, yang suka mencaci, lagi yang suka menyebarkan fitnah hasutan".(Surah Al-Qalam ayat 10-11)

Budaya menyumpah, menghina, mencaci sesama manusia adalah budaya jahiliah yang ditegah oleh Islam dan diharamkan oleh Allah SWT. Sebagai seorang Islam, kita wajib menjauhkan diri dari orang2 bodoh yang mempunyai sikap buruk ini.

“Jadilah pemaaf dan suruhlah orang mengerjakan yang makruf, serta jangan pedulikan orang-orang yang bodoh” (Surah Al-A'raaf ayat 199)


Wallahu'alam

No comments:

Post a Comment