Search This Blog

Monday, July 4, 2016

Selamat Hari Raya Aidil-Fitri 2016, Maaf Zahir & Batin



Memohon maaf dan memberi kemaafan pada Hari Raya telahpun menjadi suatu kebiasaan (uruf) dalam masyarakat Muslim di Malaysia.

Uruf ialah apa yang disenangi oleh masyarakat Islam yang telah menjadi kebiasaan dalam kehidupan, sama ada dalam bentuk kata-kata ataupun perbuatan (muamalat) yang tidak bercanggah dengan ajaran Islam.

Memaafkan kesalahan dan kesilapan orang adalah tanda utama orang beriman. Firman Allah SWT yang bermaksud:

"...sesiapa yang memaafkan (kejahatan orang) dan berbuat baik (kepadanya), maka pahalanya tetap dijamin oleh Allah (dengan diberi balasan yang sebaik-baiknya)." (QS 42:40)

Oleh itu, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil-Fitri, Maaf Zahir & Batin kepada semua umat Islam. Taqabbalallahu minna wa minkum, amin.




No comments:

Post a Comment