Search This Blog

Tuesday, September 6, 2016

Memahami konsep Sadd al-Dhara'i dan Fath al-Dhara'i



Menurut Imam al-Qurtubi, Sadd al-Dhara'i ialah perkara yang pada asalnya tidak ditegah melakukannya, namun sekiranya ia mengandungi unsur-unsur yang boleh membawa kepada kerosakan, maka ia ditegah dari melakukannya.


Imam Al-Syatibi pula berpendapat bahawa Sadd al-Dhara’i ialah mengguna jalan maslahah (kebaikan) sebagai cara untuk menghalang mafsadah (kerosakan). Selain itu, menurut Muhammad Hisyam al-Burhani, Sadd al-Dhara’i ialah suatu perkara yang tidak ditegah pada asalnya, tetapi ia ditegah jika terdapat tohmah (unsur-unsur yang boleh membawa kepada kerosakan dan keburukan)


Contoh Sadd al-Dhara'i: Hukum lizatih memakai purdah bagi perempuan adalah harus. Ia boleh bertukar kepada wajib, jika seseorang perempuan itu tidak memakainya boleh mendatangkan fitnah. Tetapi jika seorang penjenayah memakainya untuk menutup muka untuk kegiatan jenayah, maka hukum lighairih memakai purdah akan menjadi haram.


Contoh lain: Haram jual buah anggur kepada pembuat arak. Haram minum minuman manis untuk pesakit diabetic. Haram layan facebook hingga lalai solat.



Contoh Fath al Dhara'i: Hukum bersentuhan dengan ajnabi (bukan mahram) adalah haram kerana perbuatan ini boleh membawa kepada zina. Walaupun bersentuhan dengan ajnabi adalah haram, tetapi perbuatan ini diharuskan dalam keadaan hajiyyat ataupun darurat; contoh hukum mendapat rawatan dari doktor pakar bukan mahram adalah harus.


Contoh lain: Harus minum ubat yang mengandungi alcohol untuk ubati penyakit. Harus makan khinzir dalam keadaan darurat. Harus untuk buka aurat sugra di negara yang diancam islamphobia.



Wallahu'alam





No comments:

Post a Comment